Orang UMNO ni pun satu hal, berebut-rebut tawarkan diri nak jadi pemimpin. Padahal Rasulullah SAW melarang kita umat Islam menawarkan diri untuk jadi pemimpin. Sebab bila kita tawarkan diri nak jadi pemimpin, tentulah kita ada kepentingan diri! Tak ada orang yang nak tawarkan diri mahu jadi pemimpin semata-mata kerana nak jadi pemimpin seperti khalifah Umar Abdul Aziz. Jangan haraplah ada orang UMNO yang nak jadi macam khalifah Umar Abdul Aziz.
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menolak permintaan seorang sahabat yang datang meminta agar diberi jawatan. Beliau bersabda, “Kami tidak akan memberikan jawatan pemerintahan ini kepada orang yang memintanya dan berusaha untuk mendapatkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7149, Muslim, 1733. Hadis dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu).
Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah bersabda kepada Abdur Rahman bin Samurah radhiyallahu ‘anhu, “Ya Abdur Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta jawatan pemerintahan. Apabila jawatan itu diberikan kepadamu disebabkan engkau memintanya, maka jawatan itu sepenuhnya akan dibebankan kepadamu. Namun apabila jawatan itu diberikan bukan kerana permintaanmu, maka engkau akan dibantu dalam memikulnya. Jika engkau bersumpah atas sesuatu perkara, setelah itu engkau melihat ada yang lebih baik dari sumpahmu, maka tunaikan kafaratnya dan lakukanlah apa yang lebih baik.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7147, Muslim, 1652)
Dua hadis di atas, sudah cukup kuat untuk kita jadikan sandaran betapa kita dilarang sama sekali menawarkan diri menjadi pemimpin. Apalagi nak jadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya. Sahlah......orang UMNO tak tahu agama! Mengingkari sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaimana hadis di atas.
Apalagi dengan sikap beriya-iya sangat nak jadi Perdana Menteri, si Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sehingga sanggup berbuat apa saja asalkan cita-citanya itu tercapai! Anehnya, apakah Tuan Guru Dato' Nik Aziz, orang yang rapat dengan DSAI yang dikatakan bertaraf ulama' besar tidak pernah menasihati sdrnya itu DSAI dengan berpandukan hadis-hadis ini?
Saya bukanlah mahu memperkecil-kecilkan kewibawaan Tuan Guru Dato' Nik Aziz, malah Tuan Guru Dato' Nik Aziz merupakan contoh pemimpin terbaik yang ada di negara kita setakat ini, (mudah-mudahan bersih dari segala tohmahan yang jelek). Akan tetapi, setidak-tidaknya, berilah teguran dengan berpandukan hadis-hadis tentang larangan meminta jawatan pemimpin kepada sdr DSAI. Apapun, orang yang tergila-gilakan mahu jadi pemimpin, sebenarnya ada maksud yang tersembunyi. Ada kepentingan diri! Apa jaminan bahawa sdr DSAI boleh jadi pemimpin seperti khalifah Umar Abdul Aziz?
Apalagi dengan Dato' Seri Najid Tun Razak (DSNTR).........apa jaminan DSNTR boleh memerintah sebagaimana khalifah Umar Abdul Aziz.
Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Kamu selalu berusaha untuk menjadi penguasa, padahal akan menjadikan kamu menyesal pada hari Kiamat kelak. Sungguh perkara tersebut (ibarat) sebaik-baik susuan dan seburuk-buruk penyapihan (cerai susu)”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7148)
No comments:
Post a Comment