Sunday, December 28, 2008

MUDAHNYA SOLAT KHUSYUK

Ramai orang kata untuk mendapatkan solat khusyuk itu terlalu susah. Tapi saya kata, ia amat mudah, cuma kita sahaja yang tidak berusaha untuk mendapatkannya. Seorang teman bertanya, macam mana boleh saya berkata bahawa solat khusyuk itu mudah?

Saya tanya balik teman saya tadi, apa makna solat khusyuk? Adakah kita solat, kita tak sedar diri atau kita tidak lagi memperdulikan segala hal yang berlaku di persekitaran kita? Kata teman saya tadi...........ya begitulah lebih kurang maksud solat khusyuk yang dia faham.

Saya kata.....kalaulah itu yang ada dalam fikirannya, ia salah dan jauh terpesong dari apa yang diteladankan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW solat, ada kalanya beliau menggendong cucunya. Adakalanya beliau solat, beliau menarik tangan sahabat yang solat di kiri beliau untuk dipindahkan ke sebelah kanan beliau. Adakalanya beliau membunuh binatang berbisa ketika beliau sedang solat. Malah, di satu ketika beliau bergegas pulang setelah selesai solat tanpa berwirid terlebih dahulu kerana beliau teringat zakat yang belum diagihkan ketika beliau sedang solat!

Saya bertanya lagi kepada teman saya tadi, siapakah hamba Allah yang paling khusyuk solatnya di muka bumi ini. Dia diam. Saya bagitahu teman saya tadi, bukankah orang yang paling khusyuk solat di muka bumi ini ialah nabi kita, Muhammad SAW. Kalau Rasulullah SAW solat tetapi masih boleh menggendong cucunya ketika solat, masih boleh membunuh binatang berbisa ketika solat, masih boleh teringat tentang zakat yang belum diagih-agihkan beliau ketika solat, apalagi kita manusia awam begini!

Jadi...jika demikian, bagaimanakah maksud 'solat khusyuk' yang diteladankan oleh Rasulullah SAW. Sekiranya saudara-saudari berminat untuk mengetahui selok belok tentang cara mendapatkan solat khusyuk, saudara-saudari bolehlah email kepada saya untuk mendapatkan manuskrip buku solat khusyuk yang akan saya berikan secara percuma melalui email saya: ruslanmamat@gmail.com

Wednesday, October 22, 2008

HADIS TENTANG AKHIR ZAMAN - 1



LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Maksud hadis:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

ISLAM HANYA TINGGAL NAMA SAHAJA

Maksud hadis
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".

H.R al-Baihaqi

Keterangan

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ

Maksud hadis:
Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".

H.R. Ibnu Ady

Keterangan

Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya. Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.

KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH

Maksud Hadis
Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda; "Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam".

H.R.Ibnu Majah

Keterangan

Walau pun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala ke sana. Banyak kampung-karnpung yang tidak mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya, masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syari'at. Mereka yang berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.


Monday, October 20, 2008

USUL MA'RIFAT - IBADAH


Bermulanya usul ma'rifat ini ialah untuk mentakrifkan hal keadaan kita di dalam masa kita beramal. Sesudah kita faham di atas segala-gala rukun dan jalan-jalan di dalam hal keadaan agama Islam, barulah kita memulakan segala amalan. Seperti sabda Rasulullah SAW, ertinya : "Bermula sembahyang (solat) itu ada tiga bahagian :

1. Sembahyang orang-orang Mubtadi

Yakni semata-mata ia untuk menutupkan fitnah dunia. Dan sekadar mengetahui akan segala rukun-rukun dan waktu serta berpakaian bersih dan mengetahui wajib dan sunat semata-mata ia untuk mendapat pahala. Maka amalan ini syirik semata-mata.

2. Sembahyang orang Mutawasit

Menyempurnakan perintah Allah semata-mata hatinya berhadapkan Allah. Tiada ia mengira dosa dan pahala. Semata-mata ia berserah kepada Allah. Maka di atas amalan ini adalah lebih baik daripada yang pertama itu, tidaklah ia terkena syirik.

3. Sembahyang orang Mumtahi

Tiada ia sembahyang dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kerana ditilik pada dirinya adalah golongan dhaif, fakir, hina dan lemah.

Semata-mata pandangan di dalam sembahyang itu tiada dengan kehendaknya melainkan Kehendak Allah.

  • La' maujud bila' hakikat ilallah : "Tiada maujud bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".
  • La' haiyyun bila' hakikat ilallah : "Tiada yang hidup bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".
  • La' 'alimun bila' hakikat ilallah : "Tiada yang mengetahui bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".
  • La' qadirun bila' hakikat ialallah : "Tiada yang berkuasa bagi hakikat ku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".
  • La' iradatun bila' hakikat ilallah : "Tiada yang berkehendak bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".
  • La' sami'un bila' hakikat ilallah : "Tiada yang mendengar bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".
  • La' basirun bila' hakikat ilallah : "Tiada yang melihat bagi hakikat ku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".
  • Wa la' mutakallimun bila' hakikat ilallah :"Tiada yang berkata-kata bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.

Maka inilah yang sebenar-benarnya sembahyang seperti sabda Abu Hurairah r.a. :
"Sembahyanglah kamu seperti Rasulullah SAW sembahyang katanya :

  • Takbirlah kamu seperti Rasulullah SAW takbir.
  • Qiyamlah kamu seperti Rasulullah SAW qiyam.
  • Ruku'lah kamu seperti Rasulullah SAW ruku'.
  • Sujudlah kamu seperti Rasulullah SAW sujud.
  • Tahiyyatlah kamu seperti Rasulullah SAW tahiyyat.
  • Salamlah kamu seperti Rasulullah SAW salam."


Begitulah seterusnya di dalam amalan. Janganlah sekali-kali kita buat tanpa mempelajari, nanti sia-sia sahaja amalan kita itu. Bak kata pepatah "Kalau berdayung biarlah di air. Lambat laun kita akan sampai jua".


Maka sesudah kita ketahui akan segala rukunnya, maka wajiblah kita mengetahui akan segala bermula niat terlebih dahulu. Sebabnya niat itu bukannya mudah untuk kita memahaminya. Kerana yang dikatakan niat itu ialah tiada berhuruf, tiada berupa dan tiada bersuara.


Mana yang dinamakan niat, jikalau ada huruf boleh dibaca. Jikalau ada suara boleh didengar. Jikalau ada rupa boleh dipandang. Jikalau dapat nyata ia di atas huruf, rupa dan ada suara, maka ini bukannya niat lagi. Seperti sabda Rasulullah SAW :

"Qasdu syai-in muktarinan bi fiklihi"

Ertinya : "Mensahaja sesuatu hal keadaan dipersertakan dengan perbuatan."

Dan satu lagi Hadis mengatakan : "An niatu bilqalbi bila' sautin wala' harfin"

Ertinya : "Bahawasanya niat itu di dalam hati, tiada suara dan tiada berhuruf."

Jikalau niat itu kita kata di dalam hati, umpamanya tatkala mengata "Allahu Akbar" : Aku sembahyang fardhu Zohor atau fardhu Asar umpamanya di dalam huruf yang lapan
itu. Maka ini dinamakan dia niat 'arfiah. Inilah niat bagi kedudukan orang-orang awam yakni di atas mereka baru menuntut ilmu.


Adapun yang dikatakan niat itu terbahagi ia kepada tiga :

1 - Qasad : Menyatakan pada "usalli fardhu" menandakan ada waktu pada hamba yang taat.

2 - Ta'rad : Menyatakan pada "arba'a raka'at" menandakan ada rukun, yakni bersedia hamba untuk menunaikan.

3 - Ta'yin : menyatakan pada "Lillah Ta'ala" menandakan suruhan Allah yakni menghadapi kiblat hati.

Maka sesudah nyata Qasad, Ta'rad, Ta'yin bererti telah nyatalah

  • kiblat dada kepada Baitullah.
  • Kiblat hati kepada nyawa
  • zat memandang zat.
  • Sifat memandang sifat.

Baharulah kita mengatakan "Allahu Akbar".


Serta hadir mata hati musyahadah kepada Zat Allah Ta'ala semata-mata. Maka inilah dinamakan niat. Seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Gahazali katanya, "Adapun kedudukan usalli, fardhu, rakaat, lillah ta'ala, Allahu Akbar." ialah seperti berikut;

1. Usalli - maksudnya amanah Tuhan terhadap hamba, maka tatkala hambaNya telah menerima syariatNya, maka wajiblah kembalikan kepadaNya dengan keadaan yang sempurna.

2. Rakaat - menyatakan hal kelakuanNya. Maka hilangkanlah kehendakmu di dalam halNya dan hapuskanlah fe'el mu di dalam kelakuanNya baharulah sah amalannya.

3. Lillahi ta'ala - Menyatakan sirNya (rahsia). Maka fana'lah sir iktikad cinta rasa dan berahi mu di dalam sir Allah. Baharulah nyata ada kiblat bagi kamu.

4. Allahu Akbar - menyatakan kaya Tuhan terhadap hamba. Kerana hamba sampai kepada seruan Allah Ta'ala kerananya Allah Ta'ala Esa, Muhammad yatim, hamba dhaif.

Tiap-tiap yang datang mesti akan kembali. Maka kembali sekalian hamba-hamba itu di dalam seruan Allahu Akbar. Maka bergemalah suara-suara hambamu yang taat itu mengatakan dan memuji akan nama Allahu Akbar dan terlintaslah suara mu'minnya terus tujuh petala langit dan terus tujuh petala bumi. Maka bersahut-sahut akan roh-roh Anbia' dan Aulia' serta Malaikat dengan katanya, "Sejahteralah umat-umat mu ya Muhammad!".

5. Fardhu - sah dan nyata. Bersifat di atasnya hamba. Maka tiap-tiap yang bersifat hamba mestilah ada yang empunya hak. Maka kembalilah sifat-sifat mu kepada yang berhak. Cara-cara hendak kembalikan kepada yang berhak, itulah sebabnya diwajibkan kepada fardhu. Tiap-tiap perbuatan ataupun amalan adalah dengan fardhu. Tanpa dengan niat fardhu perbuatan itu sia-sia sahaja. Maka tidak berertilah kamu beramal. Kerana fardhu itu berpandukan kepada sifat Wahdaniah. Umpamanya kita mesti ketahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya mencari kesimpulan ini jika kita mahu sempurnakan amalan kita.
Jalan sudah ada. Kepada saudara ku maka sayugialah mencari maksud pengajaran ini.


Umpamanya kita mesti ketahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya mencari kesimpulan ini jika kita mahu sempurnakan amalan kita.


Penerangan lanjut kepada perkara yang berkaitan dengan Fardu.

Seperti yang sudah diketahui, "Fardhu" membawa maksud kepada "sah dan nyata".

Dan fardhu itu berpandukan kepada sifat Wahdaniah. Seperti yang diketahui pula, sifat Wahdaniah itu ertinya Esa zat Allah Ta'ala, mustahil berbilang-bilang.


Inilah yang wajib kita fahami mengapa sesuatu perbuatan yang wajib itu difardhukan.

MAKSUD "Umpamanya kita mesti mengetahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dikatakan fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu diakhir fardhu?"


Aku sebenarnya ingin mengajak saudara berdua kepada teori dan praktikal di dalam sesutau amal perbuatan itu mesti disahkan dan nyata ilmu tersebut oleh guru dan ada kebenarannya di sisi Allah Ta'ala.


Aku ingin mengambil satu contoh. Umpamanya di dalam solat, rata-rata kita mengetahui hukum-hakamnya daripada berdiri betul sehingga diakhiri dengan memberi salam. Semua orang yang beragama Islam pasti tahu aturannya, hatta budak-budak sekolah tadika pun tahu bagaimana melakukan solat.


Sebelum solat pula, adalah terlebih dahulu kita wajib berwudhu'. Bagaimana pula dengan kaifiat berwudhu'??? Timbul lagi persoalan!


TETAPI apa yang aku maksudkan, sudahkah kita dapat petua-petua yang sebenar di dalam fardhu-fardhu tersebut??? Bagimana yang dikatakan berdiri betul, bagaimana yang dikatakan niat, seterusnya sehingga memberi salam. Ini yang aku nak saudara-saudara ku fahami.

Perbuatan sholat tersebutlah yang wajib disahkan dan nyata! Aku sering menekankan persoalan berilmu dan beramal, yakni ilmu yang wajib disertakan dengan amal perbuatan. Kalau tidak amalan kita akan menjadi sia-sia.


Bagi ku persoalan solat itu adalah begitu penting. Dengan sebab itu, mendirikan solat itu dikatakan sebagai tiang agama. Tapi bagi aku mendirikan solat itu sebagai "Tiang Arash"!

Sebab apa aku berkata demikian, kerana seperti yang sudah aku perkatakan pada saudara Habib bahawa "di dalam solatlah kita boleh di-ISRA' dan di-MI'RAJ-kan. Kita boleh merasai pengalaman-pengalaman tersebut. Inilah yang dikatakan hakikat di dalam perbuatan solat.

Pengalaman yang bagaimana??? Hanya diri saudara-saudara ku sendiri yang boleh menjawabnya. Bukan diri aku, aku hanya sekadar "MERIWAYATKAN" amanah Allah SWT!

Sabda Rasulullah SAW :

LA TASIHHU'L-SALATU ILLA BI'L-MA'RIFAH

Bermaksud : "Tiada sah solat melainkan dengan ma'rifat."

AL-MA'RIFATU SIRRI

Bermaksud : "Yang ma'rifat itu rahsiaku."

Sebagai "Talib" yakni orang yang menuntut ilmu itu, kita akan melalui dua kategori iaitu :

  • 1. SALIK
  • 2. SALIK MAJZUB

Dengan sebab itu aku mengatakan, "setiap individu itu mempunyai satu Tuhan".

Membawa maksud " ma'rifat di antara kita (setiap individu) di dalam meng-ESA-kan Allah Ta'ala itu adalah berbeza."


Perkara ini aku berpegang kepada pertanyaan yang diajukan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq kepada Rasulullah SAW semasa baginda turun daripada Mi'raj bertemu Allah Ta'ala.

Tanya Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah SAW, "Bagaimana engkau melihat dan kenal Allah Ta'ala, ya Muhammad???

Jawab Rasulullah SAW, "'Araftu rabbi bi rabbi!" yakni "Aku kenal Tuhan ku dengan Tuhan ku!"


Sungguh simbolik, tetapi itulah jawapan yang paling mampu Rasulullah SAW gambarkan.

Apabila lain daripada Allah tiada dilihatnya, maka fana' hukumnya pada ibarat ini. Perkataan ini terlalu mushkil. Oleh itu saudara-saudaraku hendaklah benar-benar tahkik mengetahuinya.

Saudara Suluk dan Habib sendiri aku pasti sedia maklum apa yang dikatakan atau bagaimana yang dikatakan "Kalam Allah" - "Tiada berhuruf dan tiada bersuara." Dengan sebab itulah Rasulullah SAW ditajallikan sebagai seorang hamba yang "Tiada tahu menulis dan tiada tahu membaca!"


Di dalam konsep penerimaan wahyu oleh Rasulullah SAW sendiri, baginda "gementar" untuk menerimanya apatah lagi bagaimana untuk menyampaikan kepada ummat yang lain agar ummat-ummat ketika itu faham, tahkik dan boleh menerima setiap rahsia dan perkhabaran dari wahyu yang "Tiada berhuruf dan tiada bersuara."

Itu ummat Islam generasi Rasulullah SAW! Berhadapan (berhadap terus) dengan Rasulullah SAW! Tiada hijab dengan Rasulullah SAW!

Bagaimana pula dengan "Ummat Muhammad Akhir Zaman"??? Bertimpa-timpa hijabnya. Langsung tidak dapat "membayangi" kelibat Rasulullah SAW!!!



Saudara-saudara Ku,

Sedikit hendak menambah, sekadar mencari kesesuaian.

Tetakala seseorang itu mengangkat takbir dengan lafas "Allahu Akbar" maka telah ada 3 ilmu padanya iaitu:

  • 1. Usuluddin
  • 2. Fekah
  • 3. Tasauf

Adapun had ilmu yang tiga itu ialah:

Usuludin - mengetahui yang wajib, mustahil dan harus
Fekah - mengetahui segala rukun, syarat dan yang membatalkan
Tasauf - mengetahui segala yang membatalkan amalan pahala seperti riak, taksud dll.

Manakah yang dinamakan Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat di dalam sholat?.

  • Syariat - adalah tubuh iaitu segala gerakan dan perbuatan yang dilakunkan.
  • Tarikat - adalah hati iaitu mengingatkan kerja-kerjanya satu persatu.
  • Hakikat - hanya kepada Allah sahaja.
  • Makrifat - adalah Rahsia seiring dengan Hakikat ...

Jadi martabat orang sembahyang itu ada 3.

1. Martabat syariat
2. Martabat sembahyang orang tarikat
3. Sembahyang orang Hakikat


Rupa sembahyang orang syariat dan hukumnya.

Adapun sembahyang orang syariat itu, ialah orang yang memandang daripadanya kepada Allah serta suci daripada riak dan seumpamanya. Semata-mata kerana harap dapat pahala dan takut akan azab. Diketahuinya akan segala syarat dan rukun serta yang membatalkan dia. Hukumnya orang ini syirik semata-mata. Bermula amal syariat tiada sekali-kali diterima amalnya walaupun sebesar bukit. Wallahualam.


Rupa sembahyang orang tarikat dan hukumnya.

Adapun sembahyang orang tarikat itu, iktikatnya hadir Allah Taala di hadapannya. Melihat akan segala perbuatan dan mendengar akan segala bacaannya. Maka terdorong ia kepada kusyuk kerana Allah Taala hadir di hadapannya. Suci daripada riak dan tiada harap akan pahala dan tiada takut akan siksa. Hanya memandang dirinya hamba. Mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah. Orang ini hanya diterima amalnya daripada sekadar hadir hatinya kepada Allah Taala dalam sembahyang. Orang ini memandang daripada Allah kepadanya. Hukumnya syirik juga akan tetapi alas (kecil) syiriknya.


Rupa sembahyang orang hakikat dan hukumnya.

Adapun sembahyang orang hakikat itu ialah orang yang tiada memandang bagi dirinya amal. Hanya memandang feel kelakuan Allah Taala yang berlakun pada dirinya yang ditakdirkan pada azali sebelum dijadikan dia. Yang dipandangnya ialah segala amalnya daripada Allah dengan Allah bagi Allah. Inilah orang yang lepas daripada syirik. Inilah yang sebenarnya sembahyang.

Jadi sembahyang yang dikehendaki di sini ialah sembahyang yang meliputi tubuh dan nyawa atau jasad dan roh.


Sekiranya seorang itu tiada nyawa, bukan manusia namanya dan sudah pasti tiada ia dapat beramal. Sedangkan, sebenarnya dia tiada dapat pandang yang beramal dan yang empunya amal. Kerana dengan adanya roh baru jasad dapat beramal. Sedangkan roh itu Sifatullah atau Sirrullah dan roh itu tiada akan dapat beramal sekiranya tiada serta dengan Zatullah. Maka barulah benar yang beramal itu Sifat bagi Dzat dan yang empunya amal itu adalah Dzat. Oleh kerana itulah sembahyang orang syariat dihukumkan syirik. Wallahualam.


Setelah nyata kezahiran kalimah tersebut, barulah didatangkan nyawa. Maka bersuaralah Ia dengan nama kebesaran Zat tuhannya - "Allahu Akbar". Tatkala ini karamlah aku di dalam kebesarannya.


Kemudian diikuti dengan tujuh kesempurnaan Takbir iaitu;

  • La Hayun,
  • La Alimun,
  • La Samiun,
  • La Kadirun,
  • La Basirun,
  • LaMuridun,
  • La Mutakalimun bilhaqi Ilallah.


Maka bersuaralah Ia dengan nama kebesaran Zat tuhannya - "Allahu Akbar". Mengeletarlah diri ini, karam di dalam kebesaranNya. Sungguh cantik dan indah bagi mereka yang mengetahui rahsia dan perbuatan solat itu. Segala-galanya tersirat di sebalik firman Allah yang bermaksud:

"Jika Engkau mengasihi Allah, Ikutilah Aku. Nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosa mu".

TIPS KHUSYUK KETIKA SOLAT

Setelah kita merasakan besarnya peranan solat dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba Allah sekaligus khalifah Allah yang bertanggungjawab untuk membangunkan kehidupan di dunia sehingga akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan, kasih sayang, kedamaian, kebaikan dan keampunan Tuhan, maka adalah hal yang wajar jika kita sekarang bertekad uintuk meningkatkan kualitas shalat kita. Oleh karena itu perlu diperhatikan beberapa perkara yang akan dapat memudahkan kita mendapat khusyuk, yaitu:
1. Perkara lahiriah
2. Perkara batiniah

Perkara-perkara lahiriah.
1. Solat lima waktu adalah ibu segala ibadah, tiang agama, dan juga pembangun insaniah umat. Oleh karena itu ia mesti dijaga sungguh-sungguh dengan cara:1. Istiqamah mengerjakannya di awal waktu

2. Pakaian yang kita gunakan hendaklah bukan saja menutup aurat, akan tetapi juga beradab dalam berpakaian. Jangan memakai pakaian yang ketat, yang malah akan menampakkan aurat kita yang sepatutnya ditutup pada waktu mengerjakan shalat. Bagi kaum lelaki dapat memakai sarung untuk menutup bagian-bagian yang termasuk aurat. Begitu juga dengan pakaian yang tipis yang dengannya tidak mungkin sempurna menutup aurat seperti masih terlihat warna kulit, dsb. Hal ini dapat menyebabkan shalat tidak sah karena tidak cukup syaratnya.

3. Pakaian dan tempat solat juga hendaknya dipastikan suci dari najis. Kalau di rumah atau masjid hendaknya selalu menggunakan sepatu bila masuk ke dalam tandas agar najis di lantai tidak terbawa ke tempat solat. Hal ini sering berlaku di mana-mana, bahkan di masjid-masjid kita sendiri ada yang lalai menjaga najis dari tempat buang air sehingga terbawa ke dalam masjid.

Seperti yang kita telah pelajari dalam bab air, apabila najis walaupun sedikit, bercampur dengan air yang sedikit (yang kurang dari dua kolah) seperti di lantai tandas, akan menyebabkan air itu menjadi mutanajjis. Jadi apabila kaki menginjaknya maka najis itu akan melekat pada kaki dan menyebar ke mana saja kaki itu membawanya. Kalau ia pergi ke tempat wudhuk, maka lantai tempat berwudhuk akan dipenuhi najis. Walaupun kemudian kaki tadi telah dicucikan, tetapi bila kaki tadi menginjak lantai itu lagi, maka najis akan melekat kembali pada kaki dan dibawa terus ke tempat solat. Tentu sekali, lantai atau karpet tempat solat akan dipenuhi oleh najis hukmiyah itu (najis yang tidak terlihat) yang akan menjadikan solat tidak sah. Oleh kerana itu rantai perpindahan najis dari tandas ke tempat solat ini mesti diputus dengan cara seperti memakai sepatu di dalam tandas, atau yang lainnya.

4. Menjaga dan memperhatikan yang sunat-sunatnya serta menjauhi perkara-perkara yang makruh di dalam solat, seperti memandang ke atas, ke kiri atau ke kanan, dsb.

5. Hendaknya selalu berjamaah mengerjakannya serta meluruskan dan merapatkan shafnya.
6. Hindari dari solat di tempat yang dibangunkan dari wang haram atau syubhat
7. Singkirkan benda-benda atau perkara-perkara yang dapat mengganggu fikiran kita ketika solat seperti jangan ada di dinding gambar-gambar yang dapat menghilangkan konsentrasi ketika solat.

8. Tempat sujud hendaklah dari kain putih, tutuplah segala bentuk gambar yang akan mengalihkan fikiran kita dari solat, walaupun gambar-gambar ka’bah atau masjidil haram sekalipun.

9. Jangan solat di tempat yang sibuk, seperti tempat lalu lalang orang atau tempat yang hingar bingar atau hiruk pikuk yang akan dapat mengganggu kekhusyukkan kita di dalam solat, yang dapat mengganggu kita untuk menghayati solat sepenuhnya agar solat kita itu benar-benar membina fikiran kita dan membangunkan jiwa kita. Agar solat betul-betul mendidik kita hingga dapat mengubah sikap dan perihal hidup kita daripada jahat kepada peribadi yang agung.Perkara-perkara rohaniah.

Beberapa Perkara Sebelum Mengerjakan Solat
Ada beberapa perkara yang sangat dianjurkan untuk dilakukan sebelum mengerjakan ibadah shalat, baik yang bersifat lahiriah maupun maknawiyah, dengan tujuan untuk menambahkan kekhusyukan kita dalam beribadah, di antaranya ialah: Muhasabah, Adzan, dan Iqamat

Tujuannya adalah untuk mendatangkan rasa-rasa di dalam hati yang akan memudahkan upaya untuk meningkatkan kekhusyukan di dalam solat. Ada dua jenis rasa yang mesti coba dihadirkan dalam hati, yaitu:
1. Rasa bertuhan, dan
2. Rasa kehambaan

Untuk dapat melakukannya maka kita sebaiknya mengadakan persiapan hati ini beberapa waktu sebelum mengerjakan ibadah solat, yakni sekitar 5 hingga 10 minit. Hal ini perlu dilakukan agar hati benar-benar bersedia untuk mengerjakan solat. Yang mana persiapan hati inilah yang lebih utama dibanding persiapan-persiapan lahiriah.

Rasa bertuhan adalah rasa di dalam hati yang tumbuh dari keyakinan bahwa Tuhan itu ada dan Dia senantiasa memerhatikan segala tindak-tanduk kita sehingga gerak-gerik hati kitapun di dalam perhatian dan pengetahuanNya. Tidak pernah, walaupun sedetik saja terlalai atau luput perhatianNya dari diri kita.

Kerana Dia mempunyai sifat Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Sifat-sifat KetuhananNya ini tidak seperti sifat-sifat pada manusia makhluk ciptaanNya. Mustahil Yang Mencipta sama dengan yang dicipta. Maha Melihatnya Tuhan itu tidak terhalang oleh dinding yang setebal apapun, atau oleh kegelapan malam yang sangat pekat. Bahkan bila sembunyi di dasar bumi sekalipun Ia mengetahuinya. Maha Suci Allah dari sifat-sifat kekurangan. BagiNya tidak berbeza jauh dan dekat, yakni kalau jauh kabur, kemudian kalau dekat lebih jelas. BagiNya sama saja mendengar, melihat dengan DzatNya Yang Maha Agung itu.

Rasa bertuhan juga adalah rasa yang Dialah yang telah, sedang, dan akan senantiasa menganugerahkan segala nikmat yang kita kecapi dan rasakan. Mata yang dapat melihat dengan terang, telinga yang dapat mendengar, hidung, mulut, dan seluruh anggota badan kita adalah anugerah dari Nya. Kita tidak pernah meminta atau memesan sebelumnya, tetapi semua Dia berikan tanpa meminta imbalan apa-apa. Kerana terlalu banyaknya ni’mat yang dianugerahkan, maka kita tidak mampu untuk menghitungnya, firman Allah Ta’ala dalam Al Quran: Yang bermaksud: “Jika kamu mahu menghitung nikmat-nikmat Allah yang kamu terima maka mustahil dapat melakukannya”

Kemudian merasa yang Tuhan adalah pengurus dan Pengawal seluruh alam ini adalah salah satu rasa ketuhanan yang perlu senantiasa ada dalam diri kita. Segala sesuatu yang berlaku adalah kehendakNya dan ada hikmahnya. Bahkan sebutir debu halus yang terbang itupun dalam percaturan dan kawalanNya. Tidak sia-sia setiap apa yang diciptaNya, bahkan semua itu mengandung hikmah, ilmu dan didikan bagi mereka yang mau mengambilnya.

Itulah diantara rasa-rasa bertuhan yang mesti dipersiapkan dalam hati bila hendak menunaikan shalat. Rasa-rasa seperti ini akan menyebabkan seorang merasa besarnya pertemuan yang akan terjadi sebentar lagi. Yaitu pertemuan dengan Allah Yang Maha Agung, Maha Besar dan Maha Berkuasa diatas segala-galanya. Sehingga hati akan gemetar, takut dan cemas selalu sekiranya cara dan adabnya tidak dapat menepati kehendakNya Yang Maha Mulia itu. Sepertimana berlaku kepada Sayidina Umar RA yang kelihatan pucat mukanya dan menggigil badannya bila sedang berwudhuk oleh karena cemas dan takutnya mendekati waktu pertemuan agung itu dalam solatnya sebentar lagi.

Sementara itu rasa-rasa kehambaan yang patut ada dalam hati sewaktu mau mengerjakan solat di antaranya ialah rasa cemas, takut gemetar, harap, rendah diri, lemah, dan malu kepada Allah SWT. Rasa cemas dan takut serta gemetar karena berhadapan dengan Dzat Yang Maha Agung, yang telah menciptakan seluruh alam ini beserta segala isinya yang tiada satupun yang tersembunyi dari pengetahuanNya.Serta Maha Berkuasa Ia atas segala sesuatu yang mana bila Ia berkehendak sesuatu itu terjadi maka hanya dengan “Kun” maka jadilah. Yang Kuasanya itu mengatasi kekuasaan orang atau makhluk yang paling berkuasa di dunia ini , bahkan Dialah yang mencipta makhluk tersebut. Sedangkan kita senantiasa saja melakukan dosa dan kesalahan walaupun telah berikrar setiap mengerjakan shalat bahwa kita akan melaksanakan segala perintahNya baik yang lahir maupun yang batin di seluruh aspek kehidupan kita, bahkan mati kitapun adalah karenaNya jua semata, bukan karena yang lain.

Tetapi kita selalu saja lalai dan ingkar dengan janji itu. Mata lebih banyak digunakan untuk melihat perkara yang kotor, porno, dan melalaikan. Begitu juga mulut yang selalun kita gunakan untuk mengatakan hal-hal yang tidak ada manfaat apa-apa, bahkan digunakan untuk memfitnah, mengumpat dan mengadu domba. Aduh, betapa banyak kesalahan yang dibuat sedangkan Tuhan Maha Tahu akan segala sesuatunya. Dimana mau disembunyikan wajah yang penuh dosa dan noda ini. Dari kesadaran akan hal ini maka moga-moga lahirlah rasa malu, rasa lemah dan rasa rendah diri dihadapan Allah SWT.

Menjaga perkara batiniah atau rohaniah ini sebenarnya lebih perlu diutamakan dan diberi penekanan didalam solat daripada yang lahiriah. Bahkan penekanan yang diberikan kepadanya sepatutnya lebih dari tujuh puluh persen dibandingkan dengan perkara lahiriah, karena disinilah letaknya penilaian Allah SWT terhadap ibadah shalat kita. Apabila diibaratkan kepada tubuh manusia, maka ia adalah nyawanya. Solat yang dihayati dan dijiwai dengan penuh kekhusyukan adalah ibarat tubuh yang sehat dan kuat serta beraktivitas. Akan tetapi sebaliknya solat tanpa menghadirkan hati, tanpa penghayatan dan penjiwaan dan tanpa khusyuk ibarat tubuh yang tanpa nyawa atau bangkai. Walaupun ia gagah dan besar sekalipun, akan tetapi bila tak bernyawa ia tak ada nilainya disisi Allah solat yang demikian akan ditolak oleh Allah SWT dan akan dilemparkan kembali ke muka pelakunya.Jadi di dalam mengerjakan solat itu seseorang mesti membawa rasa-rasa yang sepatutnya ditimbulkan oleh bacaan-bacaan di dalam solat, mahupun oleh gerakan-gerakan yang dilakukan (rukun fi’li). Di antara perasaan yang patut timbul ketika solat adalah:
Rasa takut
Rasa bimbang
Rasa malu
Rasa gemetar
Rasa hina diri
Rasa lemah dan dhaif
Rasa meminta kepadaNYa
Rasa mengharap dariNya
Rasa mensucikan Tuhan
Rasa membesarkanNya
Rasa merindui Tuhan
Rasa bermanja-manja dengan Tuhan
Rasa dilihat
Rasa didengar
Rasa dikuasai
Rasa kekuasaanNya
Rasa ketuhanan memenuhi lubuk hati kita.

Sehingga dengan adanya rasa-rasa ini maka akan suburlah jiwa tauhid kita. Sekaligus dapat juga menghidupkan rasa kehambaan didalam jiwa kita dan dengan itu ruang-ruang yang dapat mengganggu dan melalaikan mudah dilupakan semuanya. Oleh karena itu solat kita semakin lama semakin memberi kesan kepada fikiran, jiwa, sikap serta perilaku kita. Dan pada gilirannya akan melahirkan pribadi yang agung sebagaimana agungnya ibadah shalat itu sendiri.
Semoga, kita mendapat dan meni'mati solat yang khusyuk. InsyaAllah.

MENGAPA SOLAT TIDAK MELAHIRKAN PERIBADI AGUNG


Pada hari ini mengapa umat Islam tidak menjadi satu bangsa yang berdisiplin, berpadu, bersih dari maksiat dan kemungkaran, tinggi akhlaknya, kukuh imannya, tertib dan rapi syariatnya, tinggi peradabannya dan unggul kebudayaannya?

Mengapa solat mereka tidak dapat mendidik jiwa mereka lagi? Apakah mereka sudah meninggalkan solat? Atau mereka masih solat tetapi solat mereka sudah tidak sempurna? Atau keberkatan solat tidak lagi mereka rasakannya!

Untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas marilah kita lihat huraian peringkat atau golongan orang Islam dalam menyikapi perintah solat yang agung itu, yang merupakan raja segala ibadah di dalam Islam. Dengan mengenal kategori atau golongan umat Islam ini dengan sendirinya kita akan mendapat jawaban dari pertanyaan mengapa ibadah solat tidak melahirkan peribadi agung. InsyaAllah.

1. Sudah ramai di kalangan umat Islam yang sudah tidak solat, bahkan ramai juga yang sudah tidak tahu atau tidak berilmu tentang shalat. Golongan ini berdasarkan sebuah hadis, jelas sudah menjadi kufur. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa meninggalkan solat maka sesungguhnya ia telah kafir".

Pada Imam madzhab selain Syafi’i mengatakan berdasarkan hadis itu bila seorang itu meninggalkan solat maka terus jatuhlah ia ke dalam kekufuran. Akan tetapi pada Imam Syafi’i seseorang baru jatuh kafir apabila ia menganggap bahawa solat itu tidak wajib lagi dikerjakan. Akan tetapi walau bagaimanapun, bila begitu keras hukuman Allah pada orang yang meninggalkan solat maka sudah pastilah ia merupakan ibadah yang besar sekali peranannya dalam diri peribadi manusia itu yang mana bila dicuaikan akan berakibat sangat fatal terhadap diri manusia itu sendiri lahir dan batinnya. Yaitu akan rosak dan binasalah keinsanannya yang asalnya suci dan murni itu.

2. Ada dikalangan umat Islam yang mengerjakan solat secara jahil. Bacaannya tidak tepat. Mereka tidak kenal syarat - rukun solat, sah - batalnya dan cara bersucinya sebelum mengerjakan solat. Maka bagi golongan ini ibadah solatnya tertolak. Sebab Rasulullah SAW ada bersabda: "Barangsiapa yang mengerjakan suatu amal ibadah tanpa ilmu pengetahuan maka ianya tertolak".

Golongan ini ialah golongan yang solat ikut-ikutan. Oleh kerana ibu dan ayahnya solat, maka diapun ikut solat. Solat taklid namanya. Allah tidak terima ibadah solatnya, bahkan mereka telah melakukan dosa di dalam beramal.

3. Golongan yang ketiga ini adalah orang yang telah mengetahui ilmu tentang solat, yaitu mengenai syarat dan rukunnya, perkara-perkara yang membatalkannya, tentang bersuci dari hadas, begitu juga bacaannya sudah betul dan lain sebagainya. Akan tetapi golongan ini tidak mampu melawan nafsu. Sehingga godaan dan tarikan dunia mudah memalingkan mereka daripada menunaikan kewajiban kepada Tuhannya seperti perintah solat ini.

Bila mereka sedang ada ‘mood’ maka ditunaikannya juga solat. Tetapi bila ada urusan pekerjaan, maka mereka lupakan saja solat dan mendahulukan apa saja tuntutan pekerjaan mereka walaupun mereka tahu perbuatan itu berdosa. Dengan kata yang lain, mereka tidak istiqomah di dalam mengerjakan perintah solat. Golongan ini dihukumkan sebagai orang fasiq. Seperti firman Allah di dalam Al Quran: "Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah Allah turunkan, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasiq".

4. Golongan ini sudah mengerjakan solat dan sudah tahu ilmunya, akan tetapi tidak khusyuk dalam mengerjakannya. Yakni, jiwa dan fikirannya tidak ditumpukan untuk mengingati Allah dengan menghayati bacaan-bacaan dalam solat. Fikirannya melayang-layang memikirkan hal-hal lain di luar solat, seperti perniagaannya, kerjanya, isterinya, anaknya, dan lain-lain lagi. Golongan ini tidak menjiwai solatnya, malah pekerjaannya di luar solat itu yang dijiwai sehingga mengganggu ibadah solatnya. Mereka diancam oleh Allah SWT dengan firmanNya: "Maka kecelakaanlah (neraka Wail) bagi orang-orang yang solat, yaitu orang-orang yang lalai di dalam solatnya". (Al Ma'un 4-5)

Orang yang solatnya tidak khusyuk akan diberi hadiah neraka Wail oleh Allah SWT. Ertinya, walaupun sudah mengerjakan solat akan tetapi masih belum selamat lagi disebabkan mereka tidak khusyuk dalam mengerjakan solat.

5. Golongan yang berada di peringkat ini telah mengetahui ilmunya dan telah dapat melafazkan setiap bacaan dalam solat dengan baik dan benar. Tetapi dalam solatnya ia seperti main tarik tali antara mengingat bacaannya dengan tidak. Apabila dia menyedari sudah terlalai, maka dibetulkannya kembali. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai, ingat dan lalai senantiasa datang silih berganti. Dalam diri mereka menyedari hal ini dan mereka tak ingin mengulanginya, tetapi pada kenyataannya ia berlaku lagi dan berlaku lagi.

Sebenarnya mereka adalah golongan yang lemah. Bagi mereka terpulang kepada Allah ta'ala. Moga-moga yang sadarnya ada nilainya di sisi Allah sedang yang tidak sedarnya diampuniNya.

6. Pada peringkat ini mereka yang mengerjakan solat telah dapat menepati ilmunya. Di samping itu dapat pula menyorot serta menumpukan bacaan di setiap perkataan dan lafaz yang diucapkannya. Dengan demikian fikirannya tidak melayang-layang dan tidak mengingat perkara yang lain selain dari perkara yang ada kaitan dengan solat. Akan tetapi mereka tidak dapat memahami setiap perkataan atau lafaz yang diucapkannya. Golongan ini dikategorikan sebagai 'awamul muslimin atau orang orang Islam kebanyakan.

7. Golongan ini dapat mengerjakan solat dengan ilmu yang tepat serta dapat juga menyoroti dan mengikuti makna setiap perkataan atau lafaz yang diucapkan atau dibacanya. Di samping itu setiap bacaan itu dapat difahaminya dengan baik sehingga dengan begitu mereka dapat membuat penumpuan di dalam solat hingga perkara-perkara lain di luar solat tidak teringat lagi. Dia asyik dengan apa yang dibacanya itu. Golongan ini adalah orang-orang soleh atau disebutkan juga di dalam Al Quran dengan panggilan Al Faizun atau Al Abrar.

Solat di peringkat ini telah memberi kesan yang mendalam pada pribadinya sehingga pada diri mereka sudah terlihat ciri-ciri orang beriman itu, seperti hati mereka takut dan tawakkal hanya kepada Allah tidak kepada yang lain, sangat patuh kepada perintah Allah, yaitu yang wajib dilaksanakan semua, yang sunat-sunat dibuat dengan sungguh-sungguh yang mampu diusahakannya, yang haram dan makruh ditinggalkannya jauh-jauh sehingga terlihatlah model Islam dalam kehidupan diri, keluarga, dan masyarakatnya. Begitu juga orang soleh ini dengan harta yang berlebihan atau mubazir penggunaannya sangat dijauhi.

Mereka juga sangat pengasih dan penyayang dengan sesama dan dengan makhluk-makhluk Allah lainnya. Hal ini dapat kita lihat pada satu kisah di zaman sahabat semasa pemerintahan Sayidina Umar bin Khattab untuk menunjukkan suasana manusia yang sudah terdidik dengan shalat sehingga dapat menjadi model kepada manusia seluruhnya: "Seorang pemuda bernama Hassan keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk melakukan satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang unta dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pohon hingga tertidur. Setelah sadar dari tidur didapatinya untanya tidak ada lagi ditempatnya. Hassan lalu terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang Hassan bertemu dengan untanya, tetapi telah mati. Alangkah hairan dan marahnya Hassan. "Bapak yang membunuhnya," kata seorang tua yang ada di sisi bangkai unta itu,"Tetapi tidak sengaja,"sambung orang tua itu lagi. "Ketika unta itu memakan tanaman Bapak, Bapak lontar dengan batu kecil, betul-betul kena kepalanya. Setelah itu ia berputar-putar, jatuh lalu mati,"orang tua itu bercerita menerangkan kejadian yang sebenarnya.
Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur, dengan tiba-tiba mencabut pedangnya dan diayunkan ke arah orang tua itu, maka terpenggallah leher dari badannya. Hassan seakan-akan baru bermimpi ketika tersedar dari kejadian itu dan menyesal yang teramat dalam. Hassan lalu mencari keluarga orang tua itu dan menceritakan segalanya.

Dua orang anak lelaki dari orang tua itu langsung membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Dan Hassanpun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Amirul Mukminin sendiri yang menjadi hakimnya. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraanpun dijalankan.

Sayidina Umar selaku Hakim setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, telah menjatuhkan hukuman bunuh keatas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:"Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman neraka di Akhirat. Tetapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu dalam beberapa hari kerana saya mohon untuk memberitahu ibu bapak saya, anak istri dan sanak saudara tentang perkara itu. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahukannya".

Oleh kerana tegas dan adilnya, Sayidina Umar menjawab,"Tidak, tidak ada jaminan bahwa engkau akan datang lagi untuk menjalani hukuman itu".

Hassan merayu lagi,"Kasihanilah saya Tuan Hakim. Semua orang yang mengasihi saya sedang menunggu kepulangan saya. Mereka tentu bertanya-tanya kalau saya tidak pulang memberitahu tentang perkara ini".
Sekali lagi Sayidina Umar menunjukkan ketegasan dan keadilannya,"Tidak", katanya.Untuk yang ketiga kalinya Hassan merayu, tiba-tiba seorang Sahabat bangun dan berkata,"Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah SAW, saya minta Tuan Hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari dijatuhkannya hukuman, maka biarlah saya yang dihukum".

Dengan jaminan yang diberikan oleh Sahabat itu (Sayidina Abu Dzar), Sayidina Umarpun membenarkan hukuman itu ditangguhkan. Kemudian Hassan dibenarkan pulang setelah menentukan tanggal kedatangannya.
Sesampainya di rumah, Hassan langsung memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata,"Biar saya jalani hukuman di dunia daripada hukuman di Akhirat". Menangislah ibu, Bapak, anak-anak dan isterinya. Tetapi Hassan tidak patah semangat. Kuda terus dipacunya menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut pada Allah daripada kehilangan anak dan isterinya. Dia lebih cinta akhirat daripada dunia.

Di tengah jalan tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau kerana itu dia terlambat sampai.Walaupun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya. Tetapi sudah terlambat.

Di padang, tempat hukuman akan dijalankan, semua yang menanti sangat cemas kerana keterlambatan Hassan. Mereka mencemaskan Sayidina Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan. Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang berderap-derap menuju ke tempat itu. Setelah yakin bahwa yang datang adalah Hassan mereka melaungkan takbir:"Allahu akbar, Allahu Akbar".Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang. Setelah turun dari kudanya, Hassan menghadap tuan Hakim dan berkata,"Demi Allah, saya tidak berniat untuk menyengajakan keterlambatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Berbagai cara saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat selamat tiba di sini, Tuan Hakim". Kemudian katanya lagi,"Sebelum saya dihukum, izinkan saya solat dua rakaat".

Sayidina Umarpun membenarkan. Dalam doa akhirnya Hassan berkata,"Ya Allah ampunilah kelalaianku di dunia dan di akhirat". Selesai menyapu mukanya, Hassanpun menghadap, menyerahkan dirinya untuk menjalankan hukuman mati. Tetapi pada saat yang genting itu tiba-tiba dua bersaudara anak dari orangtua yang mati dibunuh, menghadap Tuan Hakim dan berkata:"Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan, telah kami saksikan keberanian dan kasih sayang Saudara Abu Zar, dan kami telah menyaksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Allah. Hasilnya, kami dapat memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan dari hukuman wahai Amirul Mukminin".
Mendengar itu sekali lagi di tempat itu bergema dengan seruan:"Allahu akbar, Allahu akbar". Mereka semuanya bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di akhirat, insyaAllah. Inilah gambaran masyarakat yang soleh yang beriman dan berkasih sayang yang telah menempuh sejarah yang agung.

8. Orang di peringkat ini pada dasarnya sama dengan peringkat ke tujuh, kelebihannya adalah mereka dapat menghayati dan menjiwai setiap makna perkataan dan lafaz yang diucapkannya dalam solat. Dengan lain perkataan, setiap lafaz perkataan yang dibacanya selain difahami dan difikirkannya juga dijiwainya sehingga berkesan secara mendalam di dalam hatinya. Mereka telah merasakan lazatnya mengerjakan solat. Kesan mendalam itu menyebabkan mereka rindu dendam dengan Tuhannya, Apa saja yang dilihatnya dan didengarnya nampak kekasih agungnya yaitu , Allah SWT, terasa kebesaranNya, keagunganNya, kehebatanNya sehingga semakin rindu bertemu denganNya. Hidup mereka hanya semata untuk Kekasih Agungnya saja. Mereka senantiasa bersamaNya, tak pernah lupa walaupun sesaat.

Mereka menilai sesuatu bukan dengan nilaian orang awam. Kalau orang mencuri hartanya maka akan dipastikannya cukupkah orang yang mengambil itu dengan harta yang telah diambilnya itu. Kalau belum cukup, maka akan ditambahkannya lagi agar tidak usah mencuri lagi. Sesuailah seperti sabda Nabi SAW:"Berbuat baiklah kepada orang yang berbuat jahat kepadamu"

Begitu juga, pada waktu orang memperjuangkan hak-haknya, maka mereka malah bersegera, berlumba-lumba mengorbankan hak-hak mereka, bahkan kalau diperlukan, hak hidup mereka yaitu nyawa mereka akan dikorbankan untuk Kekasih Agungnya itu. Mereka inilah yang disebut golongan Muqarrabin. Mereka akan masuk syurga tanpa dihisab, tetapi seperti kilat saja kelajuannya.9. Golongan ini selain dapat memahami apa yang dibaca di dalam solat, apa yang dapat difahamiya itu dapat difikirkan dari jiwanya sungguh-sungguh hingga asyik, tenggelam, dan mabuk rindu. Sehingga pada waktu mereka sedang solat, alam sekelilingnya dan bahkan diri mereka sudah tidak disadarinya lagi. Mereka inilah yang disebut golongan As Siddiqin. Inilah peringkat manusia tertinggi yaitu para Anbiya dan Mursalin.

Setelah kita mengkaji dan menganalisa peringkat orang yang mengerjakan shalat atau yang ada kaitan dengan solat, kita dapati bahwa solat yang dapat membangunkan iman, kesedaran bertuhan, menjadi penguat jiwa, membersihkan diri lahir dan batin dari kejahatan dan dosa, yang dapat melahirkan pribadi-pribadi yang kuat berdisiplin dalam kehidupan serta dapat pula membangunkan akhlak yang tinggi dan yang dapat melahirkan manusia yang agung ialah tiga golongan saja, yaitu golongan yang ketujuh yakni peringkat shalat orang soleh, ke delapan yakni peringkat orang muqarrabin dan kesembilan peringkat shalat golongan As Siddiqin.Golongan yang lain ada yang tidak sah solatnya, dan sebahagian lagi walaupun sudah sah dan tidak mengingat perkara lain, namun tidak faham tentang solat, terutama apa yang dibaca, jauh sekalilah untuk dihayati. Maka sudah tentulah solatnya tidak memberi kesan kepada pribadi masing-masing.

Solat seperti ini tidak akan dapat mendidik diri mereka sendiri. Solatnya tidak akan dapat menjadi benteng diri terhadap maksiat, dan kemungkaran bahkan makin banyak solatnya terasa diri lebih baik dari orang lain. Ertinya, makin subur kesombongan dan kecongkakannya. Solat seperti ini tidak dapat menegakkan iman, dan seterusnya tidak akan dapat melahirkan jiwa tauhid dan rasa bertuhan.Shalat seperti ini malah akan menjauhkan seseorang dari Tuhannya. Padahal tujuan shalat adalah untuk mendekatkan hatinya kepada Allah, yakni dengan lahirnya rasa bertuhan dan sifat-sifat kehambaan, akan tetapi mereka malah sebaliknya, yaitu makin jauh dari Allah SWT. Benarlah sabda Rasulullah SAW:"Barangsiapa yang solatnya tidak mencegahnya dari melakukan maksiat dan kemungkaran, tiada lain yang ia dapati disisi Tuhannya melainkan semakin jauh".

Thursday, October 16, 2008

MARI KITA BANDINGKAN SEMBAHYANG KITA BERDASARKAN HADIS-HADIS BERIKUT



Sabda Rasulullah SAW: Sembahyanglah kalian sebagaimana kalian melihat aku sembahyang.(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad) (Catatan: Selama ini kita tidak pernah ambil tahu cara Rasulullah SAW mengerjakan sembahyang)

Dari Hudzaifah RA, bahawa dia melihat seorang lelaki sembahyang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya. Setelah lelaki itu selesai sembahyang, Hudzaifah RA, berkata kepadanya: Sebetulnya engkau tidak sembahyang. Kalau engkau mati (dengan mengerjakan sembahyang yang sedemikian rupa), maka engkau mati bukan di dalam agama Muhammad SAW.” (Hadis riwayat Imam Bukhari) (Catatan: Beginilah cara kita mengerjakan sembahyang. Rukuk dan sujud ala kadar sahaja. Malah ramai yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan kesempurnaan rukuk dan sujud)

Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) sembahyangnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) sembahyangnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud. (Hadis riwayat Imam Thabarani dan Hakim). (Catatan: Kita sekali lagi diperingatkan agar menjaga kesempurnaan rukuk dan sujud)


Dari Abu Mas'ud Al-Badri, bahwa ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sembahyang seseorang itu tidak sah, sebelum ia meluruskan punggungnya baik ketika rukuk maupun sujud". (Hadis riwayat Imam Abu 'Awwanah dan Abu Dawud) (Catatan: Salah satu yang dimaksudkan dengan kesempurnaan rukuk dan sujud ialah dengan meluruskan punggung terlebih dahulu sebelum membaca bacaan rukuk dan bacaan sujud)


"Rasulullah SAW menjadikan rukuk, berdiri setelah rukuk dan sujudnya, juga duduk antara dua sujud hampir sama lamanya." (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim). (Catatan: Ambillah waktu paling cepatpun 10 saat kita rukuk, 10 saat kita I’tidal, 10 saat kita sujud, 10 saat kita duduk antara 2 sujud. Bacalah dengan tertib. Jangan gopoh-gapah)


Sabda Rasulullah SAW: “Allah tidak akan melihat sembahyang seorang hamba yang tidak meluruskan tulang rusuknya di antara rukuk dan sujud (yakni i’tidal).” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) (Catatan: Pastikan kita benar-benar tegak berdiri ketika I’tidal. Jangan gopoh nak terus sujud setelah I’tidal)


Sabda Rasulullah SAW: “Tidak sah sembahyangnya orang yang tidak menyentuhkan hidungnya ke tanah (tempat sujud), sebagaimana ia menyentuhkan dahinya”. (Hadis riwayat Imam Daraquthni dan Hakim) (Catatan: Ramai di kalangan kita yang tidak menyentuhkan hidungnya ketika sujud. Jadi sembahyang kita dianggap tidak sah. Hati-hatilah ketika sujud)


Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)” Ketika sujud, kita digalakkan berdo’a. Ini berdasarkan hadis berikut: Adapun ketika rukuk maka agungkanlah Rabb-mu, sedangkan ketika sujud bersungguh-sungguhlah dalam berdo’a, nescaya segera dikabulkan untuk kalian (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) (Catatan: Marilah kita ambil kesempatan berdo’a ketika sujud. Ini kerana Allah Subhanahuawa Ta’ala mendengar dan mengabulkan do’a hambaNya ketika sedang sujud dalam sembahyang).


Dari Abdullah Ibn Qurath RA,Rasulullah SAW bersabda: “Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah sembahyang. Jika sembahyangnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika sembahyangnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain. (Hadis riwayat Imam Thabrani)