Ma'rifatullah atau mengenal Allah Azza wa Jalla. merupakan ilmu yang paling utama. Kedudukannya dalam Islam sangat penting, tinggi dan mulia kerana ia merupakan asas dalam membangunkan segala amal dalam kehidupan. Kita mengenal Allah melalui 3 cara iaitu melalui Uluhiyyah Allah, Rububiyyah Allah dan Asma’ was Sifat Allah.
1. Mengenal ALLAH MELALUI uluhiyyah-nya
Kita harus mengetahui dan menetapkan bahawa Allah sahajalah yang berhak menerima segala perhambaan dan peribadatan daripada keseluruhan makhluk-Nya. Oleh itu kita harus meyakini bahawa seluruh kehidupan kita hanyalah untuk taat dan tunduk serta patuh kepada Allah sahaja (sebagaimana layaknya seorang hamba) dengan mengikuti hukum/peraturan/perlembagaan Allah sahaja dalam segala aspek kehidupan melalui Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah (s.a.w). Dengan Tauhid Uluhiyyah inilah Allah mengutus para Rasul, membezakan antara muslim dan kafir serta menentukan nasib seseorang hamba di akhirat samada syurga atau neraka. Sekiranya kita benar-benar mengimani uluhiyyah Allah dan beramal dengan amalan yang besesuaian dengannya insyaallah kita pasti tergolong dalam golongan muslim dan dengan redha Allah kita juga pasti mengecapi nikmat syurga yang di dalamnya terdapat segala pemuas fitrah bagi syahwat seorang insan berupa sungai-sungai yang mengalir di bawah syurga, arak yang tidak memabukkan dan bidadari-bidadari yang disucikan yang matanya tidak pernah menjeling/memandang kepada lelaki lain selain daripada suaminya (lelaki ahli syurga). Segala puji bagi Allah atas segala kurnia-Nya.
Dengan melihat segala kenikmatan yang bakal diterima oleh mereka yang sanggup mentauhidkan Uluhiyyah hanya untuk Allah sudah pasti kita akan tertanya-tanya, dari segi apakah kita harus mentauhidkan Allah dari segi Uluhiyyah-Nya agar kita juga bakal menikmati kemanisan syurga? Jawapannya ialah kita harus mentauhidkan Uluhiyyah Allah daripada 3 aspek:
IBADAH
Kita harus beriman bahawa hanya Allah yang berhak memperhambakan diri kita dan seluruh makhluknya yang lain dan hanya dialah yang berhak menerima segala ibadat daripada makhluknya. Untuk itu mulai saat ini kita harus menetapkan betul-betul di dalam pemikiran bahawa kita hanyalah HAMBA kepada Allah. Oleh kerana itu kita harus bersifat seperti hamba iaitu harus sentiasa patuh dan taat kepada Allah tanpa bantahan.
HAKIMIYAH
Kita hendaklah beriman bahawa hanya Allah yang mempunyai hak mutlak dan tertinggi untuk membuat peraturan / hukum / perlembagaan / undang-undang untuk diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, negara kita dan seterusnya dunia kita. Tauhid Uluhiyyah menginginkan supaya kita berusaha sedaya upaya untuk menjadikan semua sistem di muka bumi Allah ini bebas daripada undang-undang buatan sendiri (man-made-law) yang tidak menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai undang-undang tertinggi. Sesiapa sahaja yang cuba menandingi Allah dengan membuat perlembagaan sendiri maka dia telah dengan sengaja cuba menandingi keuluhiyyahan Allah dan menjadi musyrik; dan sekiranya dia benar-benar yakin bahawa sistem demokrasi, kapitalis, republik, komunis atau apa saja idealisme yang lain itu lebih baik daripada undang-undang Allah, maka dia telah kafir mengikut ijma’
Al- WALA' WAL BARA'
Mengkehendaki kita memihak (wala’) kepada pemimpin yang mencintai serta mengikuti Allah dan Rasul dan mahu mendaulatkan undang-undang Allah di dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta memusuhi (bara’) pemimpin yang mengiktiraf sistem dan undang-undang buatan sendiri seperti komunisme, kapitalis, republik, rukun negara, pancasila dan demokrasi. Oleh itu kita harus membenci, memusuhi, menentang dan membangkang terhadap pemimpin yang tidak menuruti Allah dan Rasulnya dan sebaliknya menghormati, menyintai, simpati dan menolong pemimpin yang mengikuti Allah dan Rasulnya (s.a.w).
2. Mengenal Allah Melalui rububiyyah-nya
Hal ini mengkehendaki kita mengetahui dan menetapkan bahawa Allah sahajalah Rabb semesta alam , Pencipta segala makhluk, Pemilik seisi alam, Pengatur, Pemberi Rezeki dan dialah yang telah mengajar dan mendidik para Nabi, Rasul dan pengikutnya di atas aqidah yang benar, akhlaq yang terpuji, ilmu yang bermanfaat dan amal shalih. Kita masih belum lagi dikatakan beriman sekiranya kita hanya beriman dengan Rububiyyah Allah dan harus menyempurnakan iman itu dengan beriman terhadap Uluhiyyah Allah.
3. mengenal ALLAH MELALUI aSMA’ WAS SIFAT-NYA
Iaitu kita harus mengetahui dan menetapkan bahawa Allah mempunyai nama-nama yang agung dan sifat -sifat yang tinggi yang Allah beritahukan melalui lisan Rasul-Nya (Muhammad) iaitu Al Qur'an dan Al Hadith. Apa yang perlu ditekankan ialah Asmaul-Husna tidaklah terbatas kepada yang termaktub di dalam Al Quran dan Al Hadits sahaja. Ini kerana Rasulullah (s.a.w) telah bersabda bahawa:
Tidaklah seseorang ditimpa keresahan (kecemasan) dan kesedihan kemudian dia berkata, "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak dari hamba-Mu (lelaki) dan anak dari hamba-Mu (perempuan), ubun- Mu adil bagiku, aku meminta kepada-Mu dengan (berwasilahkan) semua nama yang Engkau miliki, Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada salah satu dari makhluk-Mu, atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghoib di sisi-Mu, agar Engkau jadikan Al Quran yang agung sebagai petunjuk hatiku, cahaya hatiku, penghapus kesedihanku dan penghilang kegelisahanku", Kecuali Allah akan menghapus kesedihan dan keresahannya dan menggantikannya dengan kelapangan". (HR. Ahmad bin Hambal)
Oleh itu, kita harus beriman (percaya) bahawa selain 99 nama Allah yang termahsyur [yang diberitakan Allah melalui lisan Rasulullah (s.a.w)] itu ada lagi nama-nama Allah yang dirahsiakan oleh Allah sendiri dan termasuk diantara perkara-perkara ghaib yang harus kita yakini.
Selain itu kita juga harus yakini bahawa nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya serta dzat-Nya, tidaklah sama dengan nama, sifat dan dzat makhluk-Nya malah berlainan sama sekali daripada sebarang penyerupaan dengan makhluk, maka kita patut mengelakkan diri daripada mentakwilkan nama dan sifat Allah tanpa panduan wahyu.
KESIMPULAN
Kita perlu menujukan ibadah kepada Allah sahaja dan hanya kerana Allah dengan tatacara ibadah hendaklah mengikut sunnah Rasulnya (s.a.w).
Kita hendaklah bersedia bernegara hanya dengan Negara Islam (Khalifah Islamiyah).
Kita perlu menolak, membenci dan memusuhi semua - tatacara ibadah bidaah (ibadah yang direka-reka tanpa dalil Al-Quran dan As-Sunnah) serta hukum/undang-undang/perlembagaan /peraturan yang tidak bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah serta membenci semua negara yang bukan Negara Islam (Daulah Islamiyah @ Khalifah Islamiyyah).
Kita perlu mengisi kehidupan untuk menegakkan syariat islam dan berjihad untuk menegakkan kepimpinan islam.
Sunday, August 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment