Sunday, December 28, 2008

MUDAHNYA SOLAT KHUSYUK

Ramai orang kata untuk mendapatkan solat khusyuk itu terlalu susah. Tapi saya kata, ia amat mudah, cuma kita sahaja yang tidak berusaha untuk mendapatkannya. Seorang teman bertanya, macam mana boleh saya berkata bahawa solat khusyuk itu mudah?

Saya tanya balik teman saya tadi, apa makna solat khusyuk? Adakah kita solat, kita tak sedar diri atau kita tidak lagi memperdulikan segala hal yang berlaku di persekitaran kita? Kata teman saya tadi...........ya begitulah lebih kurang maksud solat khusyuk yang dia faham.

Saya kata.....kalaulah itu yang ada dalam fikirannya, ia salah dan jauh terpesong dari apa yang diteladankan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW solat, ada kalanya beliau menggendong cucunya. Adakalanya beliau solat, beliau menarik tangan sahabat yang solat di kiri beliau untuk dipindahkan ke sebelah kanan beliau. Adakalanya beliau membunuh binatang berbisa ketika beliau sedang solat. Malah, di satu ketika beliau bergegas pulang setelah selesai solat tanpa berwirid terlebih dahulu kerana beliau teringat zakat yang belum diagihkan ketika beliau sedang solat!

Saya bertanya lagi kepada teman saya tadi, siapakah hamba Allah yang paling khusyuk solatnya di muka bumi ini. Dia diam. Saya bagitahu teman saya tadi, bukankah orang yang paling khusyuk solat di muka bumi ini ialah nabi kita, Muhammad SAW. Kalau Rasulullah SAW solat tetapi masih boleh menggendong cucunya ketika solat, masih boleh membunuh binatang berbisa ketika solat, masih boleh teringat tentang zakat yang belum diagih-agihkan beliau ketika solat, apalagi kita manusia awam begini!

Jadi...jika demikian, bagaimanakah maksud 'solat khusyuk' yang diteladankan oleh Rasulullah SAW. Sekiranya saudara-saudari berminat untuk mengetahui selok belok tentang cara mendapatkan solat khusyuk, saudara-saudari bolehlah email kepada saya untuk mendapatkan manuskrip buku solat khusyuk yang akan saya berikan secara percuma melalui email saya: ruslanmamat@gmail.com

1 comment:

nasru said...

0199944531 - tidak prnh bekerja dgn syarikat yg menghina islam sprt karangkraf (ada terbit majalah hina islam sepeerti dewi remaja...). kalau kawe, takkan royat bekas pekerja karangkraf...malu subahat ..daripada wan nasru ahmad (persamaan kita 26 ogos tarikh lahir tapi kawe tidak takut nak berhujah..bukan cabut lari)